Panduan Struktur 3 Akaun KWSP (Akaun Persaraan, Sejahtera & Fleksibel)
Semua caruman bulanan baharu KWSP bagi ahli berumur bawah 55 tahun dibahagikan secara automatik kepada tiga akaun:
- Akaun Persaraan (Akaun 1 β 75%): Simpanan jangka panjang untuk persaraan pada umur 55 tahun.
- Akaun Sejahtera (Akaun 2 β 15%): Kegunaan prapersaraan seperti pembelian rumah, pendidikan, kesihatan dan haji.
- Akaun Fleksibel (Akaun 3 β 10%): Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa (pengeluaran minimum RM 50) untuk keperluan kecemasan, dan tetap menikmati kadar dividen KWSP yang sama sekiranya tidak dikeluarkan.
Frequently Asked Questions (FAQ)
Adakah dividen KWSP Akaun 3 sama dengan Akaun 1 dan Akaun 2?
Ya. Buat masa ini, KWSP membayar kadar dividen tahunan yang sama bagi ketiga-tiga akaun (Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel).